Tuesday, June 7, 2011

Kes Buang Bayi... Terlalu KEJAM!!!

Lately ni.. kes buang bayi mmg bnyk diperkatakan di dada2 akhbar.. Terbaru kes bayi yg dicampak dari tempat tinggi...
Begitu sayu & hampir menitiskan airmata apabila melihat mayat bayi yg tidak berdosa ini diperlakukan sebegini rupa..
Hingga saat aku menulis ini, airmata aku masih lagi mengalir.. Terbayang wajah anak2.. Masya Allah.. Kenapakah begitu kejam manusia yg membuangnya?!! Kenapa mesti dibuang dari tempat yg tinggi?! Aku doakan smoga manusia durjana itu mndapat balasan yg setimpal dr ALLAH.. Smoga bby yg x brdosa berada di syurga yg abadi.. Amin..

Sila ler tgk gambar bayi di bawah ini..






KUALA LUMPUR,June 5,2011 – Sepasukan anggota polis yang menjalankan siasatan mengenai satu kes pembunuhan kelu seketika apabila dilanda perasaan pilu sebaik melihat mayat seorang bayi lelaki yang ditemui dalam keadaan kepala pecah hingga menampakkan otaknya semalam.
Pembunuhan kejam itu berlaku apabila pelakunya dikatakan hendak mencampak bayi tersebut dari tempat tinggi terus ke dalam tong sampah yang berada di bawah.
Tetapi malang, balingannya tidak cukup kuat lalu tersasar sejauh tiga meter menyebabkan mangsa terhempas di atas jalan.
Bagaimanapun, polis masih belum dapat memastikan sama ada bayi itu masih hidup atau sudah mati ketika dicampak pelaku durjana tersebut.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima maklumat pada pukul 12 tengah malam.
Katanya, mayat bayi itu ditemui dibungkus dengan beg plastik di tempat letak kereta pangsapuri tersebut oleh seorang lelaki yang baru pulang dari tempat kerjanya.
“Pemeriksaan awal mendapati bayi yang masih bertali pusat dan cukup sifat itu mengalami kecederaan parah di kepala.
“Kita percaya ia berlaku selepas pelakunya dikatakan hendak mencampak bayi tersebut dari tempat tinggi ke dalam tong sampah di bawah namun ia terjatuh di kawasan letak kereta kira-kira tiga meter dari tong berkenaan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.


P/S: Hidup kita tidak selamanya kekal & indah di dunia ini.. Jgn kerana nafsu, anak yg tidak berdosa diperlakukan sebegini..

1 comment:

  1. mmg kejamkan org zaman sekarang ni, selisihhh. Moha Allah menjauhkan kite dr menjadi manusia zalim spt ini.

    ReplyDelete